Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Bursa Malaysia Dibuka Dalam...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini, meneruskan momentum meningkatnya,...

Pengawal Keselamatan Didenda RM1,000...

PETALING JAYA - Akibat mencuri sepasang kasut di masjid, seorang pengawal keselamatan dijatuhi...

Foto Pari-Pari Penipuan Terhebat...

FOTO Pari-Pari Cottingley yang diberi jolokan penipuan terhebat pada abad ke-20 akan dilelong...

Dasar Pandang Ke Timur...

KUALA LUMPUR – Dasar Pandang ke Timur yang berusia 37 tahun sejak diperkenalkan...

Baru 10 tahun Tapi Berat Melebihi 140 Kilogram

JAKARTA – Seorang budak lelaki berusia 10 tahun kini menderita masalah obesiti luar biasa yang menyebabkan berat badannya mencecah 140 kilogram.

Keadaan fizikal Arya Permanana yang luar biasa itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan sukar bergerak dan menguruskan dirinya.

Lebih malang lagi, Arya terpaksa berhenti sekolah kerana cepat letih dan tidak mampu berjalan jauh.

Menurut bapanya, anaknya dilahirkan normal, tetapi sering mengalami masalah membuang air besar ketika bayi.

Katanya, Arya tidak mempunyai selera luar biasa dan makan seperti kanak-kanak normal, tetapi berat badannya tetap meningkat dengan mendadak.


“Berat badan Arya mula naik mendadak ketika dia berusia sembilan tahun dan kini beratnya mencecah 140 kilogram.

“Sebelum ini anak saya mampu bersekolah dan dia pelajar pintar,” katanya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori