SEMUANYA bermula tahun lalu apabila beg sekolahnya hilang dipercayai dicuri beberapa orang pembuli di sekolahnya sejak September tahun lalu.
Sejak itu Eddy (bukan nama sebenar) pelajar darjah 5 di sebuah sekolah di Singapura, sering dibuli oleh pelajar darjah 6.
Mereka menyimbah kicap, mengejek dan pernah juga menendang Eddy beberapa kali.
Insiden buli terhadapnya bertambah teruk apabila dia dibelasah hingga terdapat kesan lebam di bahagian lengannya.
Susulan insiden itu Eddy dan ibunya, Madam Ann membuat laporan polis bagi mengelak lebih ramai kanak-kanak menjadi mangsa buli.
Perbuatan buli sememangnya mampu beri impak negatif kepada anak-anak.
Bagi mengelak anak anda daripada menjadi mangsa buli, berikut beberapa tips yang boleh diaplikasikan oleh anak anda.
Menurut laman web Persatuan Anti Buli Kanak-Kanak Singapura, satu daripada lima pelajar sekolah rendah menjadi mangsa keganasan buli.
Tips untuk mangsa:
– Jangan pedulikan si pembuli dan terus berlalu pergi.
– Elakkan berasa dalam situasi boleh dibuli.
– Sentiasa bersama rakan anda.
– Sekiranya dibuli, segera maklumkan ibu bapa, guru, kaunselor atau guru besar.
– Bawa sekali saksi sekiranya ada orang dewasa yang tidak mempercayai kisah anda dibuli. – MYNEWSHUB.CC