KUALA LUMPUR – Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersikap kebudak-budakan sewaktu berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.
Laman Facebook rasmi PKR semalam menyiarkan gambar salah seorang calonnya sengaja bermain golf di atas sebatang jalan raya yang sedikit berlopak.
“Selepas menerajui Sarawak berpuluh tahun, jalan-jalan raya masih berlopak. Inikah erti pembangunan ala Barisan Nasional (BN)?
“Calon N18 Serembu, Athina Klaywa SIM, bermain golf di atas jalan yang berlubang untuk menunjukkan keadaan jalan tersebut. Masih percaya BN lagi kah??” dakwa laman Facebook itu.
Ironinya, terdapat komen mempertikaikan pula banyak jalan raya di Selangor yang masih berlopak-lopak sejak pentadbiran kerajaan negeri itu diambil alih PKR pada tahun 2013 hingga kini.
Situasi itu lebih malang kerana Selangor antara negeri terkaya di Malaysia, tetapi dana yang ada tidak digunakan oleh kerajaan negeri untuk memperbaiki lopak terbabit.
Gambar bermain golf diatas jalan raya itu turut mencerminkan mentaliti calon PKR yang masih bersikap kebudak-budakan tetapi bercita-cita mentadbir sebuah negara. – MYNEWSHUB.CC
#PRNSARAWAK