SHAH ALAM – Mayat lelaki ditemui tergantung pada dahan pokok di sebuah taman permainan di Seksyen 25, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Superintendan Shafien Mamat berkata, mayat lelaki berusia 40-an itu ditemui orang awam jam 7.12 pagi.
“Polis hanya menemui dompet mengandungi lesen memandu dalam poket seluar mangsa.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal kejadian dipercayai berpunca akibat cemburu.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Sinar Harian