TRAGEDI pesawat Egypt Air di lautan berdekatan kepulauan Greece, Karpathos Khamis lepas telah mengorbankan 56 penumpang dan 10 anak kapal.
Penerbangan MS804 dari Paris ke Kaherah itu dilaporkan terhempas selepas memasuki ruang udara Mesir.
Dua kanak-kanak dilaporkan antara penumpang termuda yang menaiki pesawat tersebut iaitu pasangan adik beradik Mohamed Bettiche, 2, dan adik perempuannya, Joumana, empat bulan.
Kedua beradik itu dalam perjalanan bercuti di sebuah resort di Mesir bersama ibu bapa mereka, Faycal Bettiche dan Nouha.
Nyata impian percutian sekeluarga ini tidak kesampaian apabila pesawat yang menerbangkan mereka tidak sampai ke destinasinya.
Sehingga kini,  punca sebenar yang menyebabkan pesawat itu terhempas masih belum dapat dikenal pasti . – MYNEWSHUB.CC