Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tangguh PLKN Tak Jejas...

Dalam perutusan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, salah...

Wujudkan Konsep ‘Satu Usahawan,...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan...

Lelaki Pakistan Dipenjara 2...

SHAH ALAM - Gara-gara memberi suapan RM50 kepada seorang anggota polis berpangkat Lans...

Menteri New Zealand Berbasikal...

MENTERI hal ehwal wanita New Zealand, Julie Genter mencatat sejarah apabila berbasikal sendiri...

Curi Pakaian Di Kompleks Beli-belah, Penganggur Dipenjara Sebulan

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri pelbagai pakaian di sebuah kompleks beli-belah, seorang penganggur dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu ke atas Ghaz Haswanddy Ghazali, 36, selepas dia mengaku bersalah mencuri lima helai pakaian bernilai RM212.40 milik Parkson Maju Junction, di sini pada 2 petang, 1 Mei lepas.

Mahkamah memerintahkan Ghaz Haswanddy menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 1 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan bagi kesalahan kedua atau yang kemudian hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

Ghaz Haswanddy yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berasal dari keluarga susah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori