Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

‘Iceman’ Malaysia Dihukum Mati...

BANGKOK - Seorang pengedar dadah dari Malaysia digelar ‘Iceman’ dijatuhi hukuman mati hari...

Bercerai Kerana Mertua, Wanita...

BERMACAM cerita tentang masalah rumah tangga yang kita dengari setiap hari.Ada disebabkan orang ketiga,...

Laman Web Dekatkan Rakyat...

KUALA LUMPUR - “Tak kenal maka tak cinta, bila sudah kenal, maka akan...

PM Puas Hati MRT...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkran rasa puas...

Curi Susu Formula & Barangan Lain, Ibu 2 Anak Dipenjara 4 Hari

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri pelbagai jenis barang termasuk susu formula bayi di sebuah kompleks beli-belah, ibu dua anak dihukum penjara empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu ke atas Norlelawati Ibrahim, 28, selepas dia mengaku bersalah mencuri 12 jenis barang bernilai RM462.96 termasuk dua susu formula bayi milik Aeon Mid Valley, di sini pada 10.15 malam, 28 Mei lepas.

Mahkamah memerintahkan surirumah itu menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 28 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kedua atau kemudian hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

Norlelawati yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia dan suami masing-masing tidak bekerja serta mempunyai dua anak berumur 10 tahun dan tiga tahun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori