Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Saksikan ‘Live’ 9 Peserta...

DEBARAN semakin terasa apabila sembilan peserta finalis bakal mempersembahkan kepetahan masing-masing dalam pusingan...

PAS Bakal Tentukan Hubungan...

BUKIT MERTAJAM - Kerjasama politik antara PAS dan PKR akan ditentukan dalam Muktamar...

Penginapan Sementara Pekerja Malaysia...

SINGAPURA - Agensi kerajaan dan persatuan perdagangan di Singapura bersedia membantu majikan tempatan...

Media Main Peranan Pupuk...

MELAKA - Pengamal media memainkan peranan penting bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang...

Daerah Jutawan Enggan Terima Pelarian, Sanggup Bayar Denda

GENEVA — Sebuah daerah desa superkaya di Switzerland menolak untuk menampung 10 pelarian asing malah penduduknya lebih rela membayar denda 290,127 franc Swiss (kira-kira RM1.2 juta) kepada pihak berkuasa.

Desa didiami ramai jutawan itu terletak di bandar Oberwil-Lieli daerah Bremgarten, wilayah Aargau itu dan datuk bandarnya, Andreas Glarner, dari parti berhaluan sayap kanan membantah penolakan itu sebagai tindakan rasis.

Switzerland mendapat kuota dari Kesatuan Eropah (EU) untuk menampung 50,000 pelarian pencari suaka dan mengajukan tawaran kepada setiap 26 daerah namun, 52 peratus penduduk kota Oberwil-Lieli menolak usul itu.

Dalam satu referendum di Oberwil-Lieli yang terdiri daripada 300 jutawan dalam kalangan 2,200 orang, majoriti penduduknya lebih memilih untuk berkata “tidak” terhadap penempatan waima hanya 10 orang pelarian sahaja.

Bagi warga desa di Oberwil-Lieli, kehidupan tenang dan damai adalah dambaan mereka, tanpa ada kekacauan. Seorang warga desa itu dengan angkuh berkata kepada media tempatan: “Kami tidak ingin mereka tinggal di sini.”

“Kami telah bekerja keras sepanjang hidup kami dan memiliki sebuah desa yang indah dan tenang. Kami tidak patut untuk menerima pelarian kerana mereka juga takkan sesuai untuk menetap di sini,” katanya begitu sombong.

Steve Symonds, Pengarah Program Pelarian Amnesty International Britain, sebuah badan hak asasi manusia; menyeru Barat untuk mengambil bahagian yang adil terhadap pelarian khasnya dari rantau bergolak di Asia Barat.

Beliau meminta masyarakat EU yang lebih kaya kehidupan mereka untuk tampil menampung orang pelarian yang memang hidup miskin, malah adalah salah jika tidak menampung imigran yang datang dari negara-negara miskin.

Namun, bukan soal kemiskinan yang menjadi masalah bagi warga di desa di Switzerland itu. Glarner membantah jika penolakan oleh penduduk itu sebagai rasis dan berdalih mereka hanya tidak ingin diusik oleh hal buruk lainnya.

desa1
Oberwil-Lieli

“Kami tidak diberitahu jika 10 pelarian Syria itu atau jika mereka migran atas alasan ekonomi dari negara miskin lain. Ya, pelarian Syria itu harus dibantu, alangkah baiknya mereka di kem tanah air mereka sendiri,” kata Glarner.


Menurut beliau, sumbangan wang boleh dihantar untuk membantu pelarian terbabit dan mendakwa: “Jika kita menempatkan mereka di negara ini, itu bererti kita telah mengirim mesej yang salah kepada pelarian lain.”

Glarner menyatakan, para pelarian atau imigran gelap itu membanjiri negara-negara EU dengan menyeberangi lautan yang luas kerana mereka konon telah membayar para penyeludup jenayah pemerdagangan manusia.

Bagi beliau, para pelarian itu akan sukar berbicara dalam bahasa tempatan dan ini belum lagi hal-hal lain yang tidak sesuai dengan kebudayaan masyarakat di Switzerland yang sudah biasa hidup tenang tanpa kacau-bilau.

Jika beberapa pelarian tersebut mempunyai anak yang harus pergi ke sekolah tempatan, ujar Glarner, bagaimana mungkin mereka dapat menyesuaikan diri. Ia sangat sukar diterima oleh ibu bapa dan murid-murid sendiri.

Pihak berkuasa negara itu berkata, pada April 2016 lalu, dianggarkan seramai 1,748 pemohon suaka berada di Switzerland dibandingkan dengan hanya 1,376 pemohon untuk bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Pemerintah Switzerland telah berjanji kepada masyarakat antarabangsa untuk menempatkan kembali 3,000 keluarga Syria di negara Eropah tersebut yang melarikan diri ketika perang saudara di negara asal mereka.

Namun, penolakan keras oleh penduduk tempatan yang belum pulih daripada fobia ekoran serangan pengganas di Brussels, Belgium dan Paris, Perancis, masih menjadi tentangan terbesar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori