Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Trump Heights Cabul Kedaulatan...

BAITULMUQADDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ‘merasmikan’ penempatan haram baharu di Bukit...

China Keluar Setem Peringatan...

GUIYANG - Kerajaan China mengeluarkan setem peringatan khas sempena teleskop radio terbesar dunia...

Sebuah Lagi Muzium Dirancang...

BATU PAHAT – Kerajaan negeri Johor merancang membuka sebuah lagi muzium di daerah...

Remaja 13 Tahun Terpaksa...

MOHAMMAD Ramzan tidak boleh bercakap atau mendengar dan dia mempunyai pemikiran seperti kanak-kanak...

Datuk Husam Musa Dipecat Dari PAS

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dipecat sebagai ahli parti berkenaan berkuat kuasa sejak 23 April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok berkata, pihaknya telah meneliti aduan salah laku terhadap Husam dan mendapati terdapat asas yang kukuh untuk bertindak demikian.

“Setelah mempertimbangkan kes ini dari semua aspek serta setelah mengambil kira kepentingan Parti dan perjuangannya, maka Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April 2016 mendapati YB. Dato’ Haji Husam bin Haji Musa melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS, maka Jawatankuasa Tatatertib dengan sebulat suara bersetuju:

“Berdasarkan peruntukan Fasal 82(6)(d) Perlembagaan PAS (Pindaan 2011), Jawatankuasa Tatatertib PAS membuat keputusan mengambil tindakan tatatertib ke atas YB. Dato’ Haji Husam bin Haji Musa, iaitu “MEMECAT DARI MENJADI AHLI PAS BERKUATKUASA PADA HARI KEPUTUSAN (23/4/2016)”,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam yang dilihat cenderung dan rapat dengan pemimpian Parti Amanah Rakyat (PAN) sering mengkritik kepimpinan negeri yang didakwa gagal dalam melaksanakan hukum hudud.


Selain itu, beliau juga pernah mengeluarkan dakwaan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu berkerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan di Selangor semasa krsis menteri besar di negeri itu pada tahun 2014.

Beliau juga mendakwa kerajaan negeri membenarkan kerja-kerja pembersihan kawasan hutan simpan serta gagal bertindak menghalangnya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori