Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

1,360 Kes Baharu COVID-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,360 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah...

299 Pati Ditahan Dalam...

SANDAKAN - Seramai 299 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu...

Porno Kanak-Kanak: PDRM Kerjasama...

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa bekerjasama dengan polis Australia dan...

1,889 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,889 kes baharu Covid-19, hari...

DBKL Lancar Program Pemutihan Ubah Suai Rumah Haram Bulan Depan

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal mengadakan program pemutihan bagi mengesan pemilik rumah yang membuat pengubahsuaian rumah haram di sekitar ibu kota bermula Jun ini.

Pengarah Jabatan Kawalan dan Pengawasan Bangunan DBKL Alias Marjoh hari ini berkata program itu dijangka berjalan selama enam bulan dan bertujuan memastikan tiada pemilik rumah yang membuat sambungan atau penambahan keluasan tanpa mendapat kelulusan DBKL.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis Persidangan Pengukuhan Kawalan Bangunan Di Malaysia di sini, Alias berkata DBKL kini sedang mengemas kini garis panduan bagi pelaksanaan program pemutihan itu.

“Sebarang sambungan keluasan rumah sepatutnya perlu dilakukan oleh kontraktor yang berdaftar di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi menjamin keselamatan pembinaan.

Katakan berlaku sebarang kemalangan misalnya sambungan pembinaan rumah runtuh, individu tersebut boleh merujuk semula kepada kontraktor kerana itu di bawah tanggungjawab mereka,” katanya


Mengulas lanjut, Alias berkata pengubahsuaian rumah yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan akan menyebabkan pemilik rumah berhadapan masalah seperti dalam urusan tuntutan insurans dan perjualan rumah.

Katanya tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pemilik rumah yang gagal mematuhi garis panduan ditetapkan bermula 1 Jan depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori