Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Gaduh Sampai Koyak Baju...

China - Ia merupakan aksi yang mengejutkan semua orang selepas seorang penumpang keretapi...

Kapal Tangki Dari India...

WASHINGTON: Sebuah kapal tangki membawa muatan bahan kimia yang berada di luar pantai...

Dulu Kritik, Kini Ahli...

AMSTERDAM - Bekas anggota parti berhaluan kanan pimpinan ahli politik anti-Islam, Geert Wilder...

Lagi Kubur Mangsa Pemerdagangan...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu...

DCA Perlu Wujud SOP Baharu Tangani Masalah Helikopter Terhempas

SUBANG – Kementerian Pengangkutan akan mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mewujudkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak kejadian helikopter terhempas berulang pada masa akan datang.

“Satu tindakan awal perlu diambil untuk mengkaji permasalahan yang berlaku melibatkan helikopter terhempas,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia Subang di sini malam ini.

Ab Aziz menyertai sanak saudara, sahabat handai dan orang kenamaan yang menyambut ketibaan jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon yang maut berikutan nahas helikopter di Sarawak pada Khamis.

Beliau berkata kementeriannya juga dijangka mengeluarkan garis panduan bagi memastikan insiden seumpama itu tidak akan berulang.

Jenazah Allahyarhamah Noriah tiba pada pukul 11.40 malam dengan pesawat Charlie C130H melalui penerbangan ihsan dari Pangkalan Udara Kuching, Sarawak yang berlepas kira-kira pukul 9.15 malam.


Allahyarhamah merupakan mangsa pertama yang ditemukan selepas pesawat Eurocopter AS350 yang dinaiki bersama lima lagi dari Betong ke Kuching, hilang petang semalam.

Jasadnya ditemukan di kawasan pencarian awal helikopter terbabit di Sungai Batang Lupar dekat Sebuyau, tengah hari tadi.

Turut menaiki helikopter sama ialah suami Allahyarhamah Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Tiga lagi turut menaiki pesawat malang itu.ialah Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori