TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan pengacara Diana Amir yang kini sah hamil cahaya mata kedua.
Difahamkan, usia kandungan Diana kini sudah mencecah lima minggu.
Pada masa yang sama, isteri kepada Mohd. Habibbullah ini turut meluahkan rasa syukur apabila doanya untuk hamil lagi dimakbulkan.
Menurut Diana, 29, dia berdoa agar dianugerahkan cahaya mata kedua ketika menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ukhwah 4 Ummah (U4U)  semasa melawat tapak pembinaan masjid pertama di bandaraya Seville, Sepanyol, sekitar bulan April lalu.
“Ketika tiba di sana, masing-masing memasang niat termasuk saya yang memang berharap dapat menambah ahli keluarga memandangkan anak sulung kami sudah berusia setahun lebih.
“Nyata doa saya dimakbulkanNya. Sepanjang seminggu di bumi yang pernah menjadi pusat kegemilangan pemerintahan Andalusia, sebenarnya itu pertama kali saya berjauhan dengan anak.
“Walaupun agak sedih meninggalkannya kerana dia masih menyusu badan, nampaknya perancangan Allah yang terbaik,” katanya kepada BH Online.
Kempen projek usahasama pembinaan masjid, A Tile For Seville itu turut disertai Fara Fauzana, Fynn Jamal dan Heliza Helmi.
Anak sulung Diana, Khaulah Al Azwar kini sudah mencecah usia setahun dua bulan. – MYNEWSHUB.CC