Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SSM Menegaskan Tidak Terlibat...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menegaskan pihaknya tidak pernah bersekongkol dengan...

Cuaca Buruk Berterusan Di...

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang diramal berterusan sehingga...

Tikam Orang Di Dalam...

LELAKI ditahan di Tokyo selepas menikam mati seorang individu dan mencederakan dua lagi...

Tujuh Lelaki Lakukan Samun...

JOHOR BAHRU - Tujuh lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan samun, berjaya ditahan...

Dicabar Rakan, Lelaki Hampir Mati Telan 8 Biji Paku

SEORANG lelaki dari Xinjiang, China hampir maut selepas menelan 8 biji paku berukuran 15 sentimeter selepas dicabar oleh rakan-rakannya.

Menurut sumber, lelaki itu dikatakan menelan paku pada 17 Mac lalu namun kesakitannya hanya dirasai baru-baru ini sehingga memaksa pembedahan dilakukan bagi membuang paku yang ‘bersarang’ dalam badannya.

Insiden makan paku bermula apabila rakan-rakannya tidak percaya dengan kata-katanya bahawa dia merupakan seorang penelan senjata terlatih.

Selepas diejek, dia yang merasa tercabar kemudiannya terus mengeluarkan paku-paku yang disimpan dalam poket sebelum menelannya di hadapan rakan-rakannya.

paku


Hanya selepas dia menelan 8 paku, baharu kawannya meminta dia menghentikan perbuatan tersebut yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatannya.

Hasil pemeriksaan imbasan badan X-ray, doktor terkejut dengan penemuan itu yang mana paku tersebut telah tertanam dalam perutnya sehingga pembedahan terus segera dilakukan bagi mengelak sebarang risiko kematian.

“Selepas menelan paku-paku itu saya tak rasa apa-apa sakit pun. Saya langsung tak sangka ia akan jadi teruk macam ini,” ujar lelaki berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori