Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Fokus Dahulu Yang Mahu...

JOHOR BAHRU - "Kita selesaikan dahulu mereka yang nak dapatkan vaksin, selepas itu...

Gaum Mahu Tindakan Tegas...

KOTA KINABALU - Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum) menggesa pihak berkuasa mengambil...

Mohamed Elias Dilantik Jadi...

BERTUKAR... Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan pelantikan Setiausaha yang baharu hari ini apabila...

Remaja Lemas Terjatuh Ke...

SETIU - Seorang remaja perempuan lemas selepas terjatuh ke dalam telaga di Kampung...

20,000 Lebah Ikut Ratu ‘Sembunyi’ 2 Hari Di Kereta

INSIDEN ini mungkin menjadi pengalaman yang paling ‘gila’ pernah dihadapi oleh wanita bernama Carol Howarth.

Gara-gara seekor ratu lebah ‘bersembunyi’ dalam bonet, ribuan lebah dilihat mengejar kereta jenis Mitsubishi Outlander selama dua hari.

20,000 Lebah Ikut Ratu 'Sembunyi' 2 Hari Di Kereta

20,000 Lebah Ikut Ratu 'Sembunyi' 2 Hari Di Kereta

Kejadian luar biasa itu disedari selepas Howarth, 65, memparkir keretanya untuk membeli-belah di kawasan Haverfordwest, Pembrokeshire, Wales, United Kingdom.

Kemunculan ribuan lebah itu sekali gus mencetuskan huru-hara hingga seramai lima penternak lebah dan beberapa renjer taman dipanggil untuk menyelesaikan masalah itu.

Mereka dilaporkan berjaya menjinakkan kira-kira 20,000 lebah itu dengan ‘membantu’ memasukan ratu lebah dalam sebuah kotak kadbod.

Malangnya, akibat angin yang kuat, kotak tersebut terjatuh lalu menyebabkan ratu lebah itu kembali menyelinap di bonet kereta itu.

Seorang penjinak lebah dari Pembrokeshire Beekepers, Roger Burns menyifatkan, ada benda yang manis membuatkan ratu itu tertarik kembali untu masuk dalam kereta itu.


Dalam pada itu, Burns mengakui ketika usaha menjinakkan kira-kira 20,000 lebah itu masuk dalam kotak berkenaan, dia disenggat lebih 15 hingga 20 kali.

“Saya disengat 15-20 kali. Saya kemudian meninggalkan kotak itu di atas atap kereta sementara menunggu kesemua lebah meninggalkan bonet kereta (dan masuk ke dalam kotak).

“Tapi malangnya tiupan angin menyebabkan kotak itu terjatuh dan ratu lebah itu kembali ke bonet kereta itu semula.

“Ketika saya pergi makan malam dan penternak lebah yang lain pula mengambil alih sebelum pemilik kereta tersebut kembali dan pulang ke rumah,” katanya.

Oleh itu, tidak dapat dipastikan sama ada lebah itu kini telah pergi atau tidak. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori