Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pekerja Ladang Rentung Dalam...

KINABATANGAN - Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia rentung dalam kebakaran membabitkan...

Nasi Uduk ‘Kembar’ Nasi...

JIKA di Malaysia, nasi lemak memang jadi kegemaran ramai, namun berbeza di Indonesia...

Rumah Di Desa Mentari...

PETALING JAYA: Empat sekeluarga warga Indonesia berdepan detik cemas apabila sebuah bilik di...

Pengawal Didakwa Khianat, Cederakan...

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Dikritik Kendalikan ABPBH 2015, Mira Filzah Mohon Maaf

SEPERTI semua maklum, majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 (ABPBH 2015) merupakan salah satu anugerah paling berprestij yang sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun oleh peminat industri hiburan.

Bagaimanapun, ramai yang terkejut apabila pelakon yang baru meningkat naik Mira Filzah diangkat sebagai pengacara untuk mengendalikan majlis yang berlangsung Ahad lalu.

2a22a1e9-8651-4759-b98f-6c094b38c92d
Mira Filzah

Seperti biasa, pasti muncul ‘suara-suara’ yang melemparkan kritikan sekaligus mempertikaikan kebolehan Mira mengacarakan majlis tersebut.

Namun, nampaknya pelakon drama Cinta Si Wedding Planner ini tidak melatah dan bersikap terbuka dengan memohon maaf menerusi laman Instagramnya.

Menurut Mira, dia merupakan individu yang suka mencuba sesuatu yang baru meskipun merasakan ianya mencabar.

8-Dikritik-Kendali-ABPBH29-Mira-Filzah-Mohon-Maaf-ROTIKAYA

“Diberi peluang untuk mengacara sebuah anugerah berprestij adalah satu tugas yang sangat besar. Malah, risiko juga besar. Ada yang pertikai, kenapa berani sangat untuk mengacara anugerah besar sedangkan ini adalah kali pertama. Tak takut ke dengan kritikan dan sebagainya?


“Hm..apalah erti usaha kalau kita tak mencuba. Tak cuba, kita sendiri tak tahu. Mira suka mencuba, dan Mira sukakan cabaran. Betul, ini adalah kali pertama mengacara secara live. Tak dinafikan minat mengacara sudah lama, tapi mungkin Allah beri rezeki pada bidang lakonan dahulu.

“Dalam bidang lakonan mahupun pengacaraan, mira tak ada asas semua ni. Belajar semasa di set, belajar melalui pengalaman. Minta maaf kalau ada terkurang tersalah ter..ter..ter..semalam,” katanya.

Tambahnya, dia turut berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memberikan peluang yang besar ini kepada dirinya.

Pada majlis itu, Mira Filzah turut berjaya membawa pulang trofi Artis Baharu Wanita Popular menewaskan Falisha Crossley, Janna Nick, Nana Sheme dan Ruhainies. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori