Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar Unimap Disaran Bergaul...

ARAU - Para pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dinasihatkan supaya sentiasa bergaul dan...

Bicara Saman Barangan Kemas...

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya...

SC Mahu Tambah Baik...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti (SC) mempelawa orang ramai memberi maklum balas mengenai...

Bali Digegarkan Gempa 5.8...

BALI: Gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter menggegarkan Kuta Selatan, Bali hari ini,...

Dipenjara 6 Bulan Kerana Ajak Iftar Dengan ‘Bak Kut Teh’

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman 6 bulan penjara ke atas Vivian Lee selepas disabitkan kesalahan bawah Akta Hasutan 1948.

Vivian Lee May Ling, 27, yang juga bekas kekasih blogger seks kontroversi yang kini melarikan diri ke Amerika Syarikat, Alvin Tan Jye Yee diputuskan bersalah kerana memuat naik gambar dengan kapsyen “Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh.. fragrant, delicious and appetising)” bersama logo halal di laman sosial Facebook.

Posting yang mencetuskan kontroversi itu dimuat naik pada 11 Julai 2013 ketika umat Islam menyambut bulan Ramadan.

Hakim Mahkamah Sesyen Abdul Rashid Daud berkata perbuatan berkenaan melibatkan sensitiviti masyarakat Islam dan hukuman penjara terpaksa dikenakan untuk mengelak orang lain mengulanginya.

Menurut beliau sebelum mengumumkan hukuman, “Anda tahu daging babi itu haram kepada orang Islam. Seperti kata pendakwa, nasi sudah menjadi bubur. Walaupun anda memohon maaf tetapi tindakan anda mengguris perasaan rakyat Malaysia.”

Hukuman penjara ke atas Vivian bagaimana pun dikurangkan kepada 5 bulan 22 hari selepas mengambil kira tempoh dia telah menjalani reman. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori