Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tahap Kesedaran Pengasingan Sisa...

KUALA LUMPUR - Tahap kesedaran orang ramai dan rasa kebertanggungjawaban untuk melaksanakan pengasingan...

Cuma 5 Mangsa Banjir...

KOTA KINABALU - Hanya tinggal lima mangsa banjir daripada satu keluarga di Penampang...

Ramai Setuju Sekatan Pergerakan...

KUALA LUMPUR - Sekatan pergerakan penuh fasa pertama yang berkuat kuasa selama dua...

Rakam Gambar Hantu Dalam...

BELFAST - Seorang wanita mendakwa melihat hantu lelaki memakai uniform ketika melawat Penjara...

Dituduh Guna Sijil Cuti Sakit Palsu

SEREMBAN – Tiga kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu, sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Mazlan Ahmad, 48; Rosyanizam Yahya, 38; dan Muhamad Hafiz Mohamad Sarpan, 33, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Rahimah Rahim.

Mazlan berdepan tiga pertuduhan manakala Rosyanizam (13 pertuduhan) dan Muhamad Hafiz (empat pertuduhan).

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, mereka didakwa menggunakan sijil cuti sakit kerajaan yang diketahui palsu dengan tujuan menipu di pejabat JHEAINS, di sini, antara 27 Februari 2014 hingga 14 April lalu.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ainnan Mohd Rasid dan Siti Khadijah Mohd Pisol manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili Iwana Sakinah Mohd Lajis.

Mahkamah kemudian membenarkan semua tertuduh diikat jamin masing-masing Mazlan RM3,600; Rosyanizam (RM16,100) dan Muhamad Hafiz (RM4,800). – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori