Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Hos Majlis Makan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menganjurkan majlis...

Dedah Rakaman Seperti Tunjuk...

LANGKAWI - Tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mendedahkan...

Video: Gerun! Rakaman Kilat...

SEORANG lelaki dari Florida, Amerika Syarikat secara tidak sengaja berjaya merakam kejadian sebuah...

Pembangkang Tersepit Cuba Tagih...

KUALA LUMPUR — Pertemuan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan duta...

Dua Pelajar Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Setiu

SETIU – Dua pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam nahas jalan raya di Kampung Gong Kubur, Permaisuri, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.25 petang itu menyebabkan mangsa Amirul Hakimi Sabri dan rakannya Muhamad Aqil Abu Bakar yang masing-masing berusia 17 tahun maut di tempat kejadian.

Ketika kejadian dua remaja yang menaiki motosikal jenis Ex-5 itu yang ditunggangi Amirul Hakimi dari arah Permaisuri menuju ke Penarik (laluan pantai).

Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi nahas, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mizan itu dipercayai cuba memotong sebuah motosikal lain namun hilang kawalan lalu terjatuh ke kanan jalan.

Difahamkan ekoran jarak yang terlalu dekat menyebabkan pemandu kereta Hyundai yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan dipercayai merempuh kedua sahabat berkenaan.


Susulan kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Tepoh dan Kampung Padang Hangus itu parah di bahagian kepala dan badan serta seorang putus kepala.

Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Kamaludin Mohamad ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat dan siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan.
“Penunggang dan pembonceng motosikal maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori