Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Umum Undur Diri, Lan...

KRISIS dalaman yang berlaku dalam kumpulan rock Kristal nampaknya menemui keputusan yang agak...

Kerajaan Belanja RM6.31Juta Utk...

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM6.31 juta telah dibelanjakan kerajaan untuk membiayai lawatan rasmi...

PKR Dilanda Krisis Isu...

BELUM apa-apa dah bergaduh…. Krisis berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini...

“Saya Nak Berani Macam...

SUNGAI PETANI - "Saya bertekad untuk menjadi anggota tentera yang berani seperti bapa,"...

2 Tahun Kahwin, Farawahida Cuba Rawatan Tradisional Untuk Hamil

PELANTUN lagu Tanpamu, Farawahida yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga selama dua tahun, mengakui bahawa dirinya sering diajukan persoalan berkenaan cahaya mata.

Namun begitu, penyanyi yang berusia 31 tahun itu tidak mahu meletakkan sebarang tekanan kepada dirinya dan tidak memikirkan sangat akan perkara tersebut buat masa ini.

Dua Tahun Berkahwin, Farawahida Cuba Rawatan Tradisional Untuk Hamil
Farawahida

“Saya menganggap soalan mengenai anak ini sebagai perkara biasa. Sekiranya sebelum berkahwin dulu kita akan diajukan persoalan bila hendak mengakhiri zaman bujang, dan begitulah sebaliknya.

“Saya hanya akan berasa tertekan pada saat diajukan mengenai hal itu. Bagaimanapun saya enggan terlalu memikirkan persoalan berkenaan.”

Tambah pemilik nama Farawahida Razali kepada sebuah portal berita, dia sudah mencuba pelbagai inisiatif termasuklah perubatan tradisional dalam usaha mendapatkan cahaya mata namun belum berhasil.

“Tiada apa yang dapat dibuat kerana semuanya kuasa Tuhan. Saya dan suami sudah mencuba rawatan tradisional, namun belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Mungkin pada masa akan datang kami akan mencuba perubatan moden pula.”


Jelas Farawahida lagi, dia kini menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki Yang Maha Kuasa dan mungkin akan turut mencuba perubatan moden pula pada masa akan datang.

“Kami mengambil pendekatan untuk menghadapi cabaran ini dengan tenang tanpa mempersoalkan kerja Tuhan. Jika ada rezeki ia tidak ke mana. Lagipun ia bukan boleh dipaksa,” ujarnya.

Dua Tahun Berkahwin, Farawahida Cuba Rawatan Tradisional Untuk Hamil
Farawahida disamping suami, Shukur Mohd Zain.

Sudah menjadi lumrah, semasa bujang ditanya bila akan mendirikan rumah tangga. Namun bila sudah berkahwin diterjah dengan soalan bila mahu dapatkan cahaya mata dan seterusnya.

Diharapkan Farawahida dan suami Shukur bertabah dengan dugaan ini dan teruskan usaha. Kami dan peminat-peminat anda akan mendoakan yang terbaik untuk kalian berdua. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori