SEEKOR kucing jalanan kembali ‘tersenyum’ setelah mengalami patah rahang akibat dilanggar kereta pada Oktober tahun lalu.
Si comel yang diberi nama Duchess itu diselamatkan oleh Crystal Tate, 20, dan kisah hidupnya kini menjadi perhatian pengguna laman Facebook.
Tate merupakan pembantu doktor di Hospital dan Klinik Haiwan Adobe di El Paso, Texas, Amerika Syarikat.
Menurut Tate, pertama kali melihat Duchess keadaannya sangat kurus di mana mulutnya sedang mengalami proses penyembuhan dan salur makanan baru sahaja ditanggalkan.
Tambah wanita itu, dia jatuh cinta dengan Duchess apabila melihat mata si comel itu penuh kesedihan dan mengharap belas kasihan lalu membawa haiwan malang itu pulang ke rumahnya.
Katanya, walaupun peluang hidup sangat tipis namun Duchess berjaya mengharunginya. Banyak perubahan berlaku pada si comel itu, yang mulanya kelihatan letih dan tidak bermaya sebelum berubah menjadi seekor kucing yang lincah.
Jelas Tate lagi, proses penyembuhan itu mengambil masa sebulan. Kini hanya tinggal rahang bengkok sahaja, yang menjadikan Duchess seekor kucing dengan senyuman yang unik.
“Teringat pulak kucing sy stokin namanya sbb tompok hitam dkt kaki dia.. Comel.. Hehe. . Abg bwk balik dr tempat keje die katenye sian tgk keadaan stokin yg buta sebelah dan sakit masa tu.
“Kurus n kotor sgt.. Allahu sebak jgk.. Terus masa tu pegi beli botol susu n bg minum. Lap badan dia n bwk pegi vet. Alhamdulillah lama kelamaan dh jd kucing yg sihat dan aktif.. Tp.. Stokin dah x de dah