MANILA – Rodrigo Duterte menjadi Presiden Filipina yang ke-16 selepas jawatankuasa Kongres mengisytiharkan beliau memenangi pilihan raya 9 Mei lalu, menggantikan Benigno Aquino yang akan meninggalkan jawatan itu bulan depan selepas enam tahun menjadi presiden.
“Saya dengan ini mengisytiharkan Rodrigo Roa Duterte dan Maria Leonor Gerona Robredo sebagai presiden dan naib presiden Republik Filipina,ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ kata Senator Franklin Drilon dan Ahli Kongres Feliciano Belmonte ketika persidangan Kongres hari ini.
Duterte, 71, Datuk Bandar Davao City di selatan Filipina yang sering membuat kenyataan kontroversi ketika berkempen, memenangi hampir 40 peratus daripada 44 juta undi. – Reuters/myMetro Online