KAHERAH – Nahas pesawat EgyptAir menunjukkan tiada isu teknikal sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris, demikian menurut buku log teknikal pesawat yang ditandatangani juruterbang sebelum penerbangan.
Ia antara kandungan buku log yang disiarkan akhbar nasional Mesir, Al-Ahram dalam versi laman webnya, lewat semalam.
Akhbar terbesar di Mesir itu juga melaporkan pesawat EgyptAir 804 itu menghantar 11 mesej elektronik bermula 2109 GMT pada 18 Mei.
Mesej pertama menyatakan bahawa enjin pesawat berfungsi dengan baik.
Mesej ketiga dihantar pada 0026 GMT pada 19 Mei yang menunjukkan ada peningkatan suku di tingkap pesawat.
Pesawat berterusan menghantar mesej tiga minit kemudian sebelum ia hilang daripada paparan radar, demikian lapor Akhbar itu.
Pesawat EgyptAir berkenaan dilaporkan hilang dari skrin radar pada Khamis lalu dengan semua 66 penumpang dan kru dalam pesawat. – REUTERS/BH ONLINE