Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Harga Rumah Melonjak Tak...

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) perlu dipertanggungjawabkan sekiranya tidak mampu berbuat apa-apa...

Aksem Kelantan Rampas Van,...

KOTA BAHARU - Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Kelantan merampas sebuah van dan mercun...

Biar Ahli Parlimen Tentukan...

SHAH ALAM - Seorang ahli Parlimen dari PAS mahu pelantikan jawatan Perdana Menteri...

Biar Suami Pukul Anak...

BENTONG: "Sememangnya saya patut menerima hukuman penjara kerana cuai dan tidak bertindak sesuatu...

El Nino Jejas Pengeluaran Tebu Di Tanah Merah

TANAH MERAH – Fenomena El Nino yang melanda Kelantan sejak Januari lepas menjejaskan pengeluaran tebu di Tanah Merah selepas tanaman itu cepat rosak akibat cuaca kering melampau.

Selain itu, puluhan pengusaha tebu terpaksa mengeluarkan duit poket tambahan bagi membina saliran paip dan pagar elektrik untuk menyiram tanaman mereka bagi mengelak berdepan kerugian lebih besar.

Seorang pengusaha Muhammad Mat Hassan, 59, dari Kampung Banggol Maka berkata beliau kerugian ribuan ringgit selepas tebu yang diusahakan di kebun seluas 1.3 hektar menjadi kemerah-merahan kerana kekurangan air.

“Saya mula tanam tebu sejak lapan bulan lepas untuk dijadikan bekalan sempena Ramadan yang akan menjelang Jun ini.

“Namun, tebu yang saya tanam rosak kerana kekurangan air akibat cuaca panas kering yang melampau. Tanaman saya mula menjadi kemerahan dan buruk serta air yang dihasilkan turut berasa masam,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Muhammad, yang merupakan pengusaha tebu sejak 20 tahun lepas berkata beliau sering menjual tebu berkenaan kepada penjual air tebu di sekitar jajahan itu dengan harga RM1 sebatang, namun terpaksa menaikkannya kepada RM2 sebatang kerana kekurangan bekalan.


“Selalunya saya dapat tuai 30 hingga 50 batang tebu sepanjang tujuh meter setiap hari, namun jumlah itu berkurangan kepada 20 hingga 30 batang tebu sepanjang lima meter selepas El Nino melanda,” katanya.

Seorang lagi pengusaha, Suhaili Shamsudin, 37, dari Kampung Chawas berkata beliau terpaksa membelanjakan RM1,000 bagi membina saliran paip di kebunnya yang seluas 0.8 hektar untuk mengairi tanamannya dan memasang pagar elektrik.

“Sebahagian besar tebu yang saya tanam sejak beberapa bulan lepas mula rosak kerana kurang bekalan air hingga memaksa saya buat sistem paip untuk menyiram tanaman.

“Selain itu, saya turut berdepan musuh tanaman seperti tupai, musang, khinzir dan lembu yang turut menceroboh kebun kerana haiwan berkenaan juga kehilangan sumber bekalan air dan menyerang pokok tebu kerana tanaman itu mempunyai air yang banyak,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori