Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Belanda Latih Burung...

POLIS di Belanda kini sedang giat melatih burung helang bagi menghalang penggunaan dron/alat...

Henti Salahkan Ibu Bapa...

JOHOR BAHRU - Masyarakat khususnya pengguna laman sosial diminta menghentikan perbuatan menyalahkan ibu...

Jom Layan Game Empire...

JIKA anda mempunyai masa terluang di kala ini, bolehlah lawati ruangan baru kami...

Projek Lebuhraya Pan Borneo...

SEMATAN (Sarawak) - Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof membangkitkan kesukaran yang...

Elyana Makin Kurus Sebab Sedih Keguguran?

BARU-BARU ini terdapat gosip yang mengatakan bahawa Elyana kini semakin kurus kerana masih bersedih dan kecewa susulan pernah mengalami keguguran sebelum ini.

Melalui sebuah akhbar tempatan, Elyana tampil menjelaskan bahawa dia reda dengan keguguran itu dan yakin ia merupakan ketentuan Tuhan.

Dia juga mengakui terat badannya menurun kerana dia sendiri mengambil langkah untuk menguruskan badan.

“Hal ini tiada sebarang kaitan dengan pengalaman tersebut. Saya pelik dengan orang kita.

“Masa saya gemuk, ramai yang mempersoalkan kegemukan saya.

“Sekarang saya ambil langkah untuk turunkan berat badan, cakap saya kurus sangat pula,” katanya.


Menurut Elyana, beratnya turun mendadak kerana dia sendiri yang mahu kelihatan langsing demi keselesaan dirinya selain mahu membuat kemunculan semula dalam bidang seni.

Tambahnya, dia menganggap keguguran kehamilan keduanya itu sebagai ujian kepadanya dan dia buat masa kini, dia tidak merancang untuk hamil sekali lagi kerana tidak mahu terburu-buru. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori