WALAUPUN Ramadan baru hendak tiba, seperti baju raya, perhiasan diri pun tidak kurang pentingnya buat kaum hawa.
Bagi penduduk Lembah Klang, Ampang yang sinonim sebagai lokasi kedai emas bukan rahsia. Beberapa premis kedai emas yang terkenal terdapat di sini.
Justeru Kedai Emas Zakaria & Sons II yang dibuka pada pertengahan 2015 di sini, tidaklah asing buat pelanggan setia mereka.
Seperti dicerminkan nama, ini merupakan kedai emas ketiga dalam keluarga Zakaria, yang asalnya seorang tukang emas dari Kelantan.
Dua cawangan lain terletak di Kuala Terengganu iaitu Kedai Emas Zakaria & Sons I dan Kedai Emas Lelong yang dikenali dalam kalangan masyarakat tempatan kerana ‘tersohor murah’.
Dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat EmasRakyat Sdn Bhd, cawangan Ampang diterajui oleh Mas Z. Irwan Zakaria yang juga merupakan arkitek berdaftar di United Kingdom.
Kelebihan Kedai Emas Zakaria & Sons II Ampang adalah barangan emas 916 yang ditawarkan di sini menampilkan rekaan terkini dan eksklusif namun pada harga yang berpatutan dan mampu dimiliki semua golongan masyarakat.
Paling menarik, kos GST ditanggung sepenuhnya bagi memastikan harga yang ditawarkan kepada pelanggan antara yang terendah di Malaysia.
Selain menjual perhiasan emas, di sini terdapat servis membaiki barangan emas, mencuci, menyadur dan mengambil tempahan mengikut reka bentuk pilihan pelanggan selain membeli emas terpakai, rosak dan buruk pada harga tinggi.
Kedai Emas Zakaria & Sons II dibuka kepada orang ramai dari jam 10.30 pagi hingga 6.00 petang setiap hari, tujuh hari seminggu termasuk pada musim perayaan kecuali pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha sahaja.
Sesuai dengan peredaran zaman, barangan emas yang ditawarkan di sini juga boleh dibelek di rangkaian media sosial mereka iaitu Facebook Kedai Emas Zakaria & Sons II Ampang Point, Instagram emas_zakariasons2, Twitter @KEZakariaSons_2 dan laman web www.zsjewels.my/.ÂÂ
– MYNEWSHUB.CC