Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Latihan Lebih Berkesan, Elak...

PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap latihan yang lebih berkesan...

Justin Bieber Tumbuk Muka...

PENYANYI antarabangsa, Justin Bieber sekali lagi mencetuskan kekecohan apabila dia dilaporkan menumbuk muka...

Mahkamah Kajang Tolak Reman...

MAHKAMAH Majistret Kajang hari ini menolok permohonan reman terhadap aktivis liberal, Siti Zabedah...

Wanita Bersenam Atas Landasan...

WASHINGTON (Amerika Syarikat): Seorang wanita bakal didakwa di mahkamah selepas dia dirakam kamera...

Empangan Timah Tasoh Catat Penyusutan Dua Kali Ganda Sehari

PADANG BESAR – Paras air di Empangan Timah Tasoh di sini merekodkan penurunan sebanyak dua kali ganda iaitu pada kadar 0.04 meter setiap hari sejak dua hari lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Mohamad Nor Hafiz Noor Azmi berkata selain cuaca panas dan kering akibat El Nino, penyusutan itu juga kerana kadar penggunaan air yang bertambah setiap hari semasa cuti hujung minggu dan cuti umum sempena Hari Pekerja.

“Penyusutan ketara ini juga mungkin kerana kehadiran ramai pelancong ke negeri ini terutamanya di kawasan Padang Besar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Paras air di Empangan Timah Tasoh menyusut 0.04 meter kepada 25.96 meter hari ini berbanding 26.10 yang dicatatkan semalam.

Kadar itu adalah di luar daripada kebiasaan kerana sebelum ini paras air susut sekitar 0.01 atau 0.02 meter sahaja setiap hari, katanya sambil meminta orang ramai terus berjimat ketika menggunakan air.


Mohamad Nor Hafiz berkata bekalan di empangan itu masih boleh bertahan bagi tempoh sebulan iaitu sehingga akhir Jun jika kemarau masih berlanjutan.

Pengarah Jabatan Meteorologi (MET) Perlis Muhammad Khalil Ab Aziz ketika dihubungi berkata suhu semasa di negeri ini setakat 3 petang tadi mencatatkan 37.3 darjah celcius berbanding 33.5 darjah celcius semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori