Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Video: Lagi Kes Pelajar...

SEBELUM ini, kes seorang pelajar kolej vokasional di Kelantan yang meninggal dunia selepas...

Peluang Golongan Muda Di...

KANGAR - Berikutan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk pertanian bernilai tinggi, kerajaan...

900 Stesen Shell Terjejas...

PETALING JAYA - Gangguan komputer pada sistem pemantauan berpusat Shell Malaysia melumpuhkan operasi...

Pelarian Rohingya Enggan Balik...

COX’S Bazar, Bangladesh – Pesuruhjaya mengenai pelarian di sini mendedahkan etnik Rohingya enggan...

Facebook Umum Buka Cawangan Di Malaysia

NAIB Presiden Facebook Asia Pasifik, Dan Neary mengumumkan Facebook akan membuka satu cawangannya di Malaysia, dalam satu pengumuman yang dibuat menerusi akaun Facebook miliknya.

“Saya gembira dan teruja untuk berkongsi bahawa Facebook baru sahaja membuka sebuah pejabat di Malaysia.

“Tujuan kami untuk memberi pengguna kuasa berkongsi, menjadikan dunia lebih terbuka dan terhubung.

“Lebih 18 juta rakyat Malaysia menggunakan Facebook setiap bulan atau lebih 81 peratus daripada semua orang yang memiliki akses internet di negara ini,” katanya.

Neary mengambil contoh syarikat Zawara yang menggunakan Facebook sebagai salah satu platform untuk menaikkan perniagaan mereka hinggakan syarikat yang mula beroperasi dengan dua kakitangan sahaja itu kini sudah jadi salah satu syarikat yang dikenali di Malaysia.

Tambahnya, pihak Facebook berasa gembira melihat kejayaan yang dicapai Zawara dan bersedia untuk meneruskan kerjasama dengan mereka.

mynewshub.cc

“Malaysia antara pemimpin dalam penggunaan digital dan inovasi di seluruh Asia Tenggara.

“Tidak kira dalam hal kemasukan mudah alih atau masa yang dihabiskan pada telefon pintar, rakyat Malaysia mengetuai perubahan ini dan transformasi digital telah memberi impak positif kepada pengguna mahu pun perniagaan di Malaysia.


“Ini merupakan masa yang mengujakan untuk Facebook dan Malaysia. Kami mengalu-alukan lebih banyak hubungan perniagaan pda masa akan datang,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

a

b

c

d

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori