Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pesawat Gergasi Antonov An-225...

SEPANG - Malaysia sekali lagi bertuah kerana menjadi satu-satunya negara anggota ASEAN menyambut...

FGV Lantik Salmiah &...

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik Datuk Dr Salmiah...

Mourinho Puas Hati Prestasi...

BURNLEY - Jose Mourinho kini boleh tersenyum kembali selepas Manchester United berjaya menumpaskan...

Pemilik Kapal Nelayan &...

LAHAD DATU - Sebuah bot nelayan dan pemilik serta krunya dikhuatiri hilang di...

FRU Kerah 289 Kekuatan Pada PRK Kuala Kangsar & Sungai Besar

MARANG – Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap sedia bagi menghadapi sebarang situasi yang tidak diingini ketika berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar bulan depan.

Komandernya SAC Wan Abdullah Ishak berkata 289 anggota telah dipersiapkan bagi menjaga keselamatan dan membantu memantau lokasi panas sepanjang pilihan raya berkenaan berlangsung.

“Kita akan akan mula menempatkan anggota kita, kekuatan ini bagi membantu menjaga keselamatan dan memantau lokasi panas bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kursus Asas Light Strike Force (LSF), di sini hari ini.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Wan Mohammad Khair-il Anuar Wab Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas yang turut mengorbankan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Anggota Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon.

Suruhanjaya Pilihan Raya kemudian menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.


Mengulas lanjut Wan Abdullah berkata pihaknya juga akan menyediakan pondok polis bergerak dan dapur mudah alih bagi memudahkan para petugas keselamatan menyediakan juadah untuk waktu bersahur dan berbuka memandangkan PRK berkenaan berlangsung dalam bulan Ramadan.

“Bagi memudahkan dan melancarkan urusan kita menyediakan perkhidmatan tersebut dan dapur bergerak itu pertama kali digunakan untuk proses pilihan raya itu nanti,”katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori