Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Lebih 1,000 Penjawat Awam...

KUALA LUMPUR - Seramai 1,093 penjawat awam diisytihar bankrap tahun lalu berbanding 960...

Juliana Evans Share Gambar...

TIMBUL desas-desus mengatakan pelakon Juliana Evans kini sudah bersedia untuk berkongsi kisah cintanya...

SRC International, Dana ‘RM2.6b’:...

PUTRAJAYA - Tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib...

Tiada Jemaah Haji Malaysia...

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia di Arab...

Gadis Muslim Bertudung Hidang Nasi Daging Khinzir

JAKARTA – Misteri gambar seorang wanita bertudung berniaga nasi daging khinzir di Indonesia yang viral menerusi Internet akhirnya terbongkar.

Gambar berkenaan pada mulanya dianggap palsu, tetapi seorang pengguna Facebook Hanny Kristianto mendakwa dia bertemu dengan wanita bertudung itu.

Katanya, wanita bertudung itu memang berniaga nasi daging babi di sebuah gerai di pasar raya Lippo Puri di Jakarta Barat.

Gerai jualan berkenaan dibuka setiap hari dan sering dikunjungi pengunjung dari dua buah gereja berhampiran pasar raya itu.

Terdapat satu kain rentang yang jelas memberitahu bahawa gerai berkenaan menghidangkan daging khinzir dan bukan untuk orang Islam.


Tambah Hanny, wanita bertudung itu beragama Islam dan bukan beragama Kristian Ortodoks seperti dakwaan beberapa pihak sebelum ini.

Bagaimanapun, jelasnya, wanita bertudung itu hanya bekerja sebagai pelayan bukannya pemilik gerai berkenaan. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori