PASTI ramai mengetahui mengenai kisah animasi dongeng Rapunzel, seorang puteri yang memiliki rambut panjang, begitulah kisah seorang gadis dari Rusia ini.
Dashik Gubanova Freckle, diibaratkan sebagai Rapunzel dari dunia realiti kerana memiliki rambut yang panjang sehingga mencecah paras lutut. Menurut Freckle, dia tidak memotong rambutnya sejak berusia 13 tahun lagi.
Kini gadis itu berusia 27 tahun, selama 14 tahun dia tidak pergi ke salon malah membiarkan saja rambutnya itu tumbuh panjang.
Memiliki rambut seperti karakter Disney itu telah menjadikan Freckle seorang seorang selebriti di dunia maya. Malah Instagram miliknya memiliki lebih dari 104,000 pengikut.
Rata-rata yang menjadi pengikut Freckle tidak sabar untuk mengetahui perkembangan terbaru dari gadis ini.
Ada sesetengah daripada mereka mencadangkan supaya rambutnya itu disumbangkan untuk dijadikan wig atau rambut palsu setelah dipotong.
Malah kebanyakan peminat Freckle kagum dengan rambut yang dimilikinya. Antara komen yang diberikan ialah;
“Wow! Anda patut dermakan rambut itu apabila dipotong untuk mereka yang menghidapi kanser… Kerana ia sangat cantik,” tulis hipstylemom.
“Anda mengingatkan saya kepada patung Barbie. Saya suka semua tentang anda. Teruskan,” tulis seorang wanita di laman Instagramnya.
Malah gadis berusia 27 tahun ini berhasrat untuk memiliki rambut yang panjang hingga mencecah paras kaki. - MYNEWSHUB.CC