Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pakar Peta Google Dakwa...

LONDON – Seorang pakar pemetaan dari United Kingdom (UK) mendakwa dia menemui pesawat...

Bitcoin Dilarang, Kata Mufti...

PENGGUNAAN bitcoin dilarang dalam Islam, kata Mufti Besar Mesir yang turut memberi amaran...

Nelayan Sungai Parah Terkena...

KOTA BHARU - Seorang nelayan sungai parah di muka, tangan, dan badan selepas...

Kanak-Kanak 2 Tahun Maut...

GEMAS - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas kepalanya tertusuk besi...

Gementar ‘Menuntut Ilmu’ Dengan Tengku Puan Pahang

PEKAN – Bagi orang kebanyakan, berhadapan dengan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri sudah mampu menimbulkan perasaan gementar, apatah lagi jika ‘menuntut ilmu’ daripada baginda.

Itu adalah perasaan yang dialami Nurul Amira Bahaznan, 24, semasa mempelajari asas mengait ‘krusye’ daripada baginda yang menawar diri sebagai pengajar pada Program ‘Teach Community@CC’ di Kolej Komuniti Pekan di sini, semalam.

Nurul Amira yang bekerja sendiri berkata perasaan gementar, teruja, takut dan seronok yang semakin kuat dirasai apabila melihat Tunku Azizah semakin menghampiri kelas adalah sama seperti perasaan semasa baharu memulakan sesi persekolahan.

“Perasaan itu sedikit demi sedikit mulai hilang kerana baginda begitu mesra. Baginda juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan sanggup berjalan dari satu meja ke satu meja untuk melihat dan menegur kesilapan kami.

“Baginda agak tegas semasa mengajar. Jika ada kesilapan, baginda suruh kami buka semula benang dan akan ajar satu persatu sehingga berjaya mendapatkan corak yang betul,” kata anak jati Kuantan itu kepada pemberita selepas kelas selama tiga jam itu berakhir.

Bagi Izzah Atirah Ismahizam, 20, pula, beliau menyifatkan dirinya bertuah kerana mendapat Tunku Azizah sebagai guru dalam percubaan kali pertama mengait, menyebabkan beliau kini berminat untuk mempelajari seni itu dengan lebih mendalam.

Anak jati Terengganu itu berkata beliau juga teruja apabila baginda ‘berkongsi’ beberapa hasil aktiviti mengait yang selama ini ‘dilihatnya’ di laman sosial Instagram (IG) Tunku Azizah.

“Baginda nasihatkan kami supaya terus tekun mempelajari mengait supaya dapat hasilkan lebih banyak barangan lain. Saya dah seronok bila nampak macam-macam yang boleh dilakukan dengan mengait.


“Istimewanya selepas kelas, saya sempat berselfie dengan baginda, yang lebih cantik daripada dilihat di IG. Bukan senang mahu dapat peluang ini,” katanya yang mengait alas cawan pada kelas itu.

Pengarah Kolej Komuniti Pekan Suhairi Ismail berkata pihaknya sangat berbesar hati apabila Tunku Azizah menawarkan diri menjadi pengajar dan berharap baginda boleh mencemar duli untuk melakukannya sekali lagi pada masa hadapan.

Katanya, kemahiran mengait dan memasak Tunku Azizah sudah dikenali ramai dan selepas mengadakan perbincangan, mereka bersetuju untuk memilih seni mengait sebagai permulaan.

Mengulas mengenai program itu, Suhairi berkata ia merupakan program perkongsian ilmu kursus jangka pendek selama 15 jam bagi membolehkan peserta mahir dan boleh menggunakan kemahiran itu untuk meningkatkan ekonomi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori