Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Remaja Lemas Ketika Mandi...

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui mati lemas ketika...

Sam: Buat Apa Cantik...

PELAKON Shaheizy Sam mengatakan dalam mencari calon isteri, dia tidak mementingkan paras rupa...

Tiada Upacara Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR – Tiada upacara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan di Istana...

Gaji RM150k Sebulan Punca...

KEPALA BATAS – Siapa yang tidak tertarik ditawarkan gaji lumayan sehingga mencecah RM150,000...

Geram: Pemuda Buang Kasut Dalam Tong Sampah

SEORANG lelaki dilihat tidur di bangku menunggu dengan berkaki ayam telah mencetuskan kemarahan seorang pemuda lalu bertindak membuang kasut lelaki tersebut ke dalam tong sampah.

Menurut portal Shanghaiist, kejadian tersebut berlaku di Lapangan Terbang Xiamen, China.

Pemuda itu menyifatkan tindakan sebegitu sebagai tidak bertamadun malah memalukan warganegaranya sekiranya dilihat pelancong asing.

Geram: Pemuda Buang Kasut Dalam Tong Sampah

Pemuda itu meluahkan rasa marah dan tidak puas hati melalui satu klip video yang berdurasi 1 minit 15 saat yang dirakam olehnya sendiri.

Jelas kelihatan perasaan amarah pemuda itu apabila percakapannya tersekat-sekat kerana menahan marah.

Klip video itu menjadi viral dan hangat diperkatakan selepas dimuat naik oleh sebuah laman sesawang republik itu.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memuji tindakan berani pemuda itu malah ada juga yang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan.

“Inilah salah satunya cara untuk memberi pengajaran kepada si pelaku bahawa tindakannya itu menjijikkan. Saya puji pemuda ini,” komen salah seorang netizen di laman Weibo.


Geram: Pemuda Buang Kasut Dalam Tong Sampah

Manakala ini pula komen yang diutarakan oleh salah seorang netizen yang tidak berkenan dengan tindakan pemuda terbabit.

“Menanggalkan kasut di tempat awam memang satu tindakan yang tidak bertamadun, namun mencuri dan bertindak membuang kasut seseorang ke dalam tong sampah adalah salah,” tulis netizen yang lain.

Susulan kejadian itu, pihak Lapangan Terbang Xiamen tampil memberi penjelasan berkenaan isu terbabit bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang kod peraturan amalan berkaitan perkara itu.

Jelas mereka lagi, pihaknya hanya mampu menasihatkan para pengunjungnya untuk saling menghormati dan tidak bertindak ekstrem serta meminta bantuan kakitangan yang bertugas sekiranya memerlukan pertolongan.

Difahamkan pelancong China memang sinonim dengan tingkah laku yang buruk semasa bercuti di luar negara mahupun di dalam negara sendiri, sehinggakan baru-baru ini pihak pelancongan Jepun terpaksa mengeluarkan notis supaya pelancong daripada negara tersebut menjaga tatasusila mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori