Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

DBKL Kompaun 243 Peniaga...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan sebanyak 243 kompaun...

Mangsa Toksik Pasir Gudang...

KUALA LUMPUR - Mangsa pencemaran toksik di Pasir Gudang akan memfailkan saman RM10...

Hak Cipta… Kes Filem...

MEH sini nak cerita sikit. Pada 24 November 2014, seorang novelis, Elias Idris telah...

BAM Laksana ‘Jendela Penyingkiran’...

KUALA LUMPUR - Pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu memastikan...

Guna Aplikasi Smule, Kredibiliti Siti Dipersoal

PENYANYI nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza telah menggunakan aplikasi Smule sehingga mencetuskan perdebatan peminatnya kerana mereka menganggap ia menjatuhkan kredibilitinya sebagai penyanyi terkenal.

“Ramai tanya kenapa saya mencuba aplikasi tersebut. Salahkah saya ada minat yang sama seperti orang lain yang gemar rakam nyanyian mereka seolah-oleh sedang berduet dengan penyanyi yang diminati.

“Saya sama seperti mereka, mungkin kerjaya saya sebagai penyanyi membezakan saya dengan mereka. Tetapi saya juga mempunyai minat untuk mencuba aplikasi baharu, lagi-lagi ia berkait dengan nyanyian.

“Aplikasi Smule merapatkan saya dengan peminat. Mereka yang tidak berkesempatan berjumpa saya boleh bertemu dengan saya melalui Smule dan saya melihatnya dari sudut positif,” katanya kepada BH Plus.


Siti juga menafikan khabar angin yang mendakwa dirinya sedang hamil dan tambah Siti, mungkin andaian itu dibuat kerana dia suka menarik baju di bahagian perut konon ingin melindungi bahagian yang berisi. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori