Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Nelayan Terjatuh Laut, Ditemui...

JOHOR BAHARU - Seorang nelayan yang hilang selepas terjatuh ke dalam laut di...

Anak Patung ‘Hidup’ Kena...

BANGKOK - Anak-anak patung bakal mendapat layanan sama seperti penumpang lain dalam pesawat...

Tiada Isu ‘Double Jeopardy’...

PUTRAJAYA - Kuasa Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menggantung atau membatalkan...

MCA Pengkhianat Kaum Cina...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa MCA mengkhianati kaum Cina kerana tidak mendesak Menteri...

Guna Peralatan Bekam Sendiri Elak Penyakit Berjangkit

ALOR SETAR – Peralatan bekam yang dikongsi dengan pesakit lain boleh mengundang berlakunya pelbagai penyakit berjangkit seperti hepatitis, penyakit kulit dan HIV.

Justeru orang ramai diingatkan agar menggunakan peralatan bekam sendiri ketika menjalani rawatan tersebut tanpa berkongsi peralatan seperti yang dilakukan oleh sesetengah pengamal rawatan bekam.

Pengerusi Persatuan Pengamal Bekam Sunnah dan Ruqyah Malaysia (PEBERUM), Syed Araniri Syed Ahmad berkata ini kerana juru bekam tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai pesakit yang dirawatnya sama ada mempunyai penyakit berjangkit yang boleh membahayakan orang lain.

“Sesetengah pusat rawatan menggunakan berulang kali satu set peralatan bekam kepada pesakit yang berlainan dan kemudian dibersihkan dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti direndam dalam air panas tetapi ia tidak menjamin 100 peratus kebersihannya.

“Di pusat rawatan di bawah PEBERUM, kita menggunakan peralatan bekam pakai buang kerana bimbang akan berlaku jangkitan penyakit lain kepada pesakit yang dirawat,” katanya pada sidang media hari ini.

Syed Araniri berkata pihaknya mengambil inisiatif dengan menganjurkan Jelajah Bekam 2016 untuk beri kesedaran kepada orang ramai mengenai penggunaan peralatan bekam sendiri tanpa berkongsi dengan orang lain.

Beliau berkata pihaknya menjual peralatan bekam pada harga yang berpatutan bagi membolehkan orang ramai memiliki peralatan bekam sendiri untuk digunakan ketika menjalani proses rawatan.


“Sebelum ini ada yang takut untuk menjalani rawatan bekam kerana tidak mahu berkongsi peralatan dan peralatan bekam yang agak mahal sehingga RM300. PEBERUM tawarkan peralatan bekam yang berharga antara RM30 hingga RM80 bagi membolehkan orang ramai menjalani rawatan itu,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut menyediakan 5,000 set peralatan bekam untuk diagihkan secara percuma kepada orang ramai pada program jelajah bekam di seluruh negara yang akan bermula 22 Mei depan.

Katanya bagi membantu golongan asnaf di seluruh negara, pihaknya akan memberi kursus percuma kepada mereka untuk menjadi juru bekam bertauliah sekaligus dapat menambah pendapatan serta mengubah kehidupan mereka pada masa depan.

“Kita juga sasarkan 10 juru bekam untuk satu daerah di seluruh negara bagi menggalakkan orang ramai mengamalkan rawatan bekam untuk kekal sihat,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bekam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori