Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ayda Jebat Kena Ragut,...

NASIB malang menimpa pelakon dan penyanyi Ayda Jebat apabila beg tangan miliknya diragut...

Kenderaan Awam Perlu Pemeriksaan...

KUALA LUMPUR - Kenderaan awam berdaftar perlu menjalani pemeriksaan secara berkala seperti yang...

PKR Sedia Bekerjasama Jika...

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata parti itu masih bersedia bekerjasama dengan Ikatan Demokratik...

Cinta Lain Agama, Fadlan...

CINTA berlainan agama bukanlaah jadi penghalang buat pelakon Fadlan Hazim untuk meneruskan perancangan...

Heli Bawa Timbalan Menteri, MP, Hilang Dari Radar Di Sarawak

HELIKOPTER yang dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dilaporkan hilang dari radar sejak petang tadi.

Ketika kejadian, helikopter dari Betong ke Kuching itu djadualkan mendarat di tarmac Hornbill Skyways, Kuching namun dikatakan hilang dari radar pada jam 5 petang berhampiran kawasan Sebuyau.

Mynewshub difahamkan antara VIP yang hilang termasuklah suami Noriah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Wan Mohammad Khairil Anuar dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai.

1. Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri MPIC
2. Tuan Asmuni bin Abdullah (suami TM)
3. Datuk Dr. Sundaran Annamalai, KSU MPIC
4. Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Pengerusi MPOB/AP Kuala Kangsar
5. Ahmad Sobri bin Harun (pengawal peribadi)

dato1

dato3

dato5

dato4

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.


“Helikopter itu berlepas dari Betong pukul 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang,” katanya.

Dalam pada itu, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dihalaman Twitternya turut mengulas mengenai kejadian terbabit dengan mendoakan keselamatan buat kesemua penumpang serta memberitahu operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.

jib

Juruterbang memaklumkan menara kawalan lokasi helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berada di sekitar kawasan Triso, Sebuyau sebelum terputus hubungan.

Sehingga berita ini disiarkan, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat dan usaha pencarian dilaporkan sedang giat dijalankan oleh DCA. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori