Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Ali Tinju Dibebas Dengan...

KUALA LUMPUR - Veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju yang ditahan...

‘Pertembungan Klasik’ JDT, Tok...

JOHOR BAHRU - Pertembungan klasik di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang...

2 Muslimah Hampir Pasti...

CHICAGO, Illinois – Pengundi-pengundi Amerika Syarikat (AS) bersedia memilih dua wanita Islam untuk...

Sikap Pasangan Punca Kes...

KUALA LUMPUR - Sikap pasangan suami isteri yang tidak mematuhi perintah mahkamah menjadi...

Helikopter Hilang Di Sarawak: Satu Mayat Wanita Ditemui

KUCHING – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui satu mayat wanita yang tersangkut di tebing hulu Sungai Batang Lumpur, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Susulan itu, operasi pencarian mangsa helikopter terhempas kini diperluaskan dalam radius 4 kilometer daripada lokasi penemuan mayat pertama itu.

Pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan beberapa serpihan bangkai helikopter hilang di Sarawak telah dijumpai Batang Sadong, Simunjan bersebelahan Sungai Batang Lupar.

Serpihan itu termasuk sebuah floatation device, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat.

sarawak-crash-wreckage-data

Helikopter malang itu membawa enam orang termasuk juruterbang.

Mereka adalah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Kangsar merangkap Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun serta juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.


Helikopter

 Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah.

Ketika kejadian, helikopter dari Betong ke Kuching itu djadualkan mendarat di tarmac Hornbill Skyways, Kuching namun dilaporakan hilang dari radar kira-kira jam 5 petang berhampiran kawasan Sebuyau.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menggesa rakyat negeri itu berdoakan keselamatan kesemua mangsa yang berada dalam helikopter berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori