SEORANG wanita yang dikenali sebagai Bella yang namanya menjadi viral baru-baru ini tampil memohon maaf gara-gara menghina produk pengusaha Melayu.
Dalam video viral itu, difahamkan Bella membuat laporan polis gara-gara losyen panas yang dipakainya tidak berasa panas seperti yang dijanjikan oleh pengeluar.
Disebabkan rasa tidak puas hati, Bella dilaporkan membuat laporan polis berhubung hal tersebut.
Video: Wanita Mengamuk Lapor Polis, Krim Kurus Tak Panas
Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Bella tampil memohon maaf menerusi sebuah video berdurasi satu minit 34 saat yang sedang hangat dikongsikan menerusi laman-laman sosial.
Hina Produk Pengusaha Melayu, Bella Minta Maaf oleh mynewshub
Dia juga mengatakan sudah menarik balik laporan polis yang dibuatnya sebelum ini.
“Bella minta maaf dan betul-betul menyesal atas kata-kata Bella yang menghina produk Melayu,” itu antara kata-kata yang dimuatkan Bella menerusi video tersebut.
Menurut Bella, dia menggunakan losyen tersebut kerana sudah penat mendengar ejekan daripada orang ramai yang sering kali mengutuk saiz badannya yang besar. – MYNEWSHUB.CC