Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Murid Tahun 6 Maut...

PASIR MAS - Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang meninggal dunia...

Selfie Arm Alat Baru...

SELFIE merupakan kegilaan buat semua pengguna telefon pintar.Tapi kadang kala agak sukar untuk...

Perancis Mahu Denda, Penjara...

PARIS – Setelah berjaya dilaksanakan di Israel, Sepanyol dan Itali, kini tiba giliran...

Muhyiddin Umum Status PKPP...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman mengenai...

Husam Mohon Presiden PAS Batal Pemecatannya

KOTA BHARU – Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini menghantar surat kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon membatalkan pemecatannya sebagai anggota parti itu.

Husam, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Salor, menerima surat pemecatan itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok pada Selasa lepas (24 Mei).

“Pemecatan itu tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan parti dan tidak mengikut lunas-lunas keadilan Islam,” katanya kepada pemberita di sini.

Husam berkata tindakan terhadapnya itu dipercayai dibuat atas alasan beliau menjadi saksi perbicaraan dalam kes membabitkan sebuah syarikat yang menentang kerajaan negeri dan dilabel sebagai cuba mensabotaj kerajaan Kelantan.

Beliau berharap surat yang dihantar kepada presiden PAS itu dapat dipertimbangkan sebelum Muktamar Tahunan PAS ke-62 selama tiga hari bermula 1 Jun ini di Kota Baharu.


Katanya, jika pemecatan itu ditarik balik, beliau akan hadir ke muktamar berkenaan sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kubang Kerian.

Husam berkata beliau yakin peluangnya untuk kembali ke dalam PAS adalah cerah dan akan terus melakukan kritikan sekiranya melihat ada perkara yang tidak kena dalam sistem pentadbiran kerajaan Kelantan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori