HUJUNG minggu lalu, pelakon Ika Nabella selamat bergelar tunangan kepada lelaki pilihan hatinya, Muhammad Zaid.
Majlis yang berlangsung di Pulau Pinang itu diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman akrab.
Dalam majlis itu, Ika cantik mengenakan busana Ariweddingcouture, manakala tunangnya, 29, segak berbaju melayu warna kelabu.
“Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan lancar. Bukan niat saya untuk merahsiakan majlis ini, sebaliknya ia atas persetujuan kedua-dua pihak,” katanya.
Tambah bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam, 27, ini, majlis nikahnya akan diadakan sekitar bulan Julai.
“Insya-Allah, majlis nikah kami diadakan pada Aidilfitri nanti. Namun, tarikh masih belum ditetapkan lagi. Saya akan maklumkan kepada semua dalam masa terdekat,” katanya.
Terdahulu, nama Ika pernah menjadi perbualan hangat industri hiburan apabila dikatakan pernah ditumbuk oleh seorang pengarah terkenal di set penggambaran. – MYNEWSHUB.CC