KALAU diperhatikan memang ramai individu yang gemar membuang sampah merata-rata.
Macam tak belajar sivik pula kan.. ada tu dalam kereta pun sempat lagi buang sampah ikut celah tingkap kenderaan.
Apalah salahnya sediakan plastik dalam kereta, buang situ dulu, lepas dah turun kereta buanglah plastik tu kat tempat sepatutnya.
Bak kata Shaheizy Sam, “Nak tunggu ada orang dah mati baru nak stop buat dosa?”.
Iklan khidmat masyarakat yang dipersembahkan Sam dan isterinya, Syatilla Melvin ini memang win!
Walaupun iklan ini menyelitkan unsur yang agak lucu, namun kita boleh ambil pengajaran yang cuba disampaikan menerusi iklan yang ditunjukkan secara santai ini.
Lepas ni jangan buang sampah merata-rata dah ok! – MYNEWSHUB.CC
NAK TUNGGU ADA ORANG DAH MATI BARU NAK STOP BUAT DOSA???https://t.co/CRaAagOzGB#IniBarulahChampion pic.twitter.com/DxUnO0vBgq
 Shaheizy Sam Samad (@Shaheizy_Sam) April 28, 2016