Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Autisme: Ibu Bapa Perlu...

KUALA LUMPUR - Ibu bapa perlu lebih peka dengan tingkah-laku anak-anak mereka bagi...

Mujahid Sedia Jadi Orang...

PARIT BUNTAR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr...

“Pemilik Kereta Klon Ketawa...

DI MANA silap dan siapa yang sebenarnya jadi dalang melakukan kesalahan ini menjadi tanda...

Lan Dipuji Datuk Ramli,...

GEGAR Vaganza minggu lalu menyaksikan Haida terpaksa meninggalkan pentas pertandingan kerana markahnya yang...

Imuan Agama Perlu Giatkan Usaha Dakwah – Raja Muda

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan para ilmuan agama untuk mempergiat usaha berdakwah berlandaskan al-Quran dan sunnah dalam berdepan pelbagai cabaran masa kini.

Baginda bertitah menjadi satu tanggungjawab bagi mereka yang memiliki ilmu agama untuk harus menyampaikan kepada orang lain agar kefahaman mengenai ajaran al-Quran dan hadis terus subur dan berkembang luas.

“Sumber utama dalam berdakwah ialah al-Quran dan hadis, maka pastikan dalam menyampaikan ilmu, peliharalah juga keaslian sumber ilmu Allah itu agar ia tidak jatuh ke ‘tangan’ orang-orang yang melampau, menyeleweng, batil atau jahil.

“Justeru, jadilah pendakwah yang menyampaikan berteraskan sumber utama berkenaan tanpa mencampuri pandangan atau pendapat sendiri mengikut akal dan pemikiran masing-masing hingga kesannya mengelirukan,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian semasa merasmikan penutupan program Perkampungan Sunnah Siri Ketiga di perkarangan Masjid Alwi di sini malam tadi.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Sumber Manusia Negeri, Khairi Hassan serta Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Tambah Raja Muda, program Perkampungan Sunnah yang diadakan itu amat sesuai dijadikan acara tahunan bagi memastikan kesinambungan berdakwah itu subur dalam diri seluruh rakyat.

Sebelum itu, Khairi berkata kerajaan negeri menyokong usaha Pejabat Mufti Perlis dan MAIPs sekiranya program Perkampungan Sunnah akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Sementara itu, Mohd Asri berkata lebih 15,000 pengunjung termasuk dari Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei menjayakan perkampungan selama tiga hari itu untuk mengikuti ceramah mengenai ilmu hadis oleh 20 penceramah yang diundang khas.

Sempena majlis penutupan itu, turut diadakan program bual bicara yang dijayakan oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Perlis, Prof Madya Dr Basri Ibrahim dan Ustaz Aizam Mas’ud dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sementara Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor selaku moderator dengan membincangkan tajuk ‘Kerohanian Di Dalam Sunnah Nabawiyah’. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori