Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pengharaman Minyak Sawit EU...

LANGKAT/ IJOK - Petani kelapa sawit Indonesia, Kawal Surbakti berkata, mata pencarian beliau...

SPRM Diminta Siasat Pencerobohan...

TAWAU - Gabungan Persatuan Perikanan dan Kapal Nelayan Sabah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Jangan Ikut Macam Saya,...

PASANGAN pelakon, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah sah bergelar suami-isteri pertengahan tahun lalu...

Hazard Raih Gol Ke-100,...

EDEN Hazard berhasrat untuk menjadi legenda Chelsea selepas beliau beraksi dengan penuh gaya...

Israk Mikraj: Menjunjung Keperibadian Rasulullah

Tiada pengembaraan dalam sejarah manusia setanding peristiwa 27 Rejab selepas 12 tahun kenabian Muhamad bersamaan 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah yang menjadi antara tanda mukjizat Rasulullah ini, diabadikan dalam Al Quran melalui An Naj ayat 13 hingga 15.

*Demi sesungguhnya dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibrail) buat kali kedua di Sidatul Muntaha dan di situlah terletaknya syurga Ma’wa.”*

Semangat Israq Mikraj bukan sekadar mengingatkan semula Israk Rasulullah dari Mekah ke Masjidil Aqsa sebelum bermikraj ke Sidatul Muntaha. Apa yang lebih afdal, ialah mencontohi keperibadian Rasulullah berdasarkan pengalaman peristiwa tersebut.

Jibrail dan Mikail membedah dada Muhammad, membuang ketul hitam dalam hati yang membangkitkan bisikan syaitan dan rasa was-was.

Justeru, semangat Israk Mikraj wajar ditafsir sebagai kisah yang penuh manfaat untuk dijadikan teladan yang sangat peribadi.

Belajar dari sejarah Israk Mikraj menyedarkan TV Al Hijrah untuk melangkah setapak ke hadapan bahi kempen sambutan peristiwa bersejarah itu tahun ini.


Personaliti Rasulullah diangkat sebagai tema utama dalam kempen kandungan pelbagai program siaran TV Al Hijrah.

Program Pentas Dakwah bersiaran Jumaat 6 Mei 10.30 malam dengan fokus
melihat peristiwa tersebut sebagai Hadiah Allah Dari Langit. Diskusi panel turut menceritakan peristiwa Israk Mikraj serta hikmah Rasulullah diangkat ke langit. Turut dijelaskan kisah pensyariatan solat dari Allah untuk umat Muhammad.

Kisah Israk Mikraj turut meluaskan kesedaran umat Islam mengenai di balik langit luas. Dokumentari khas Falak: Satu Penerokaan

Akan bersiaran pada Khamis 5 Mei 8.30 malam.

Israq Mikraj sewajarnya diraikan dengan semangat membaiki diri, merenung keajaiban kembara Rasulullah serta peristiwa yang penuh dengan tarbiah pembersihan jiwa.

Ayuh raikan Israk Mikraj dengan mencontohi Rasulullah dalam menuju #IslamIsFirstClass.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori