Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Motor Meletup Di Gua...

KOTA BAHARU - Kematian sepasang warga emas dalam insiden motosikal meletup di Gua...

Set AP iPhone 6S...

PELANCARAN iPhone 6S dan 6S Plus yang baru sahaja diperkenalkan pada awal bulan...

APMM P.Pinang Tahan 3...

GEORGE TOWN - Tiga nelayan Thailand bersama sebuah bot nelayan tempatan ditahan di...

Petani Kena Potong Bantuan...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meragui keikhlasan...

Isu Militan Daesh Jangka Dibangkitkan Pada ADMM, Laos

BATU PAHAT – Isu militan Daesh yang kini menjadi ancaman global dijangka dibangkitkan menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) ke-10 di Vientiane, Laos, minggu ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia memandang serius mengenai ancaman itu dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga perlu mengambil maklum mengenainya.

“Saya akan ke Laos untuk hadir ke ADMM dan saya yakin isu Daesh akan dibincangkan dalam konteks serantau. Kalau dahulu, ancaman keganasan militan merupakan tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi sekarang sudah berubah kepada isu pertahanan pula.

“Tentera-tentera pun ada terlibat dan ini merupakan satu perkara baharu yang ATM mesti ambil maklum dan perlu bekerja rapat dengan negara-negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hol Allahyarham Tun Hussein Onn di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas penahanan 14 individu tempatan termasuk seorang wanita disyaki mempunyai kaitan dalam gerakan kumpulan militan Daesh oleh polis dalam operasi pada Selasa lepas hingga semalam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz dan Naib Canselor UTHM Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.

Mengenai penahanan 14 individu terbabit, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata pihaknya sejak dahulu lagi sudah menyatakan bahawa ancaman kumpulan militan merupakan suatu perkara yang tidak boleh diambil mudah oleh semua pihak.

Beliau berkata penahanan terbabit adalah tindakan proaktif dan pencegahan yang bukannya perkara baharu kerana beberapa penahanan sudah dilakukan sebelum ini bersandarkan maklumat risikan yang diterima.


“Saya salah seorang anggota dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut dianggotai Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan agensi risikan kita.

“Hendak kata tidak serius (ancaman militan di negara ini), semua negara juga berdepan dengan ancaman serius. Alhamdulillah, Malaysia masih bertahan,” tegasnya.

Menurut Hishammuddin, sekiranya kejadian sebuah pesawat milik Egyptair yang terhempas ketika dalam perjalanan dari Paris ke Kaherah, baru-baru ini juga mempunyai kaitan dengan keganasan, maka, ia secara jelas menunjukkan tidak ada negara yang terkecuali dari ancaman terbabit sekali gus perlu dilihat secara serius di peringkat global.

Sementara itu, berucap mengenai majlis Hol tersebut, Hishammuddin berkata ia dapat menyemarakkan kesedaran dan kecintaan terhadap pengorbanan pemimpin terdahulu.

“Para pemimpin negara seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham ayahanda saya, Tun Hussein Onn, telah banyak berjasa dalam memerdeka dan membangunkan tanah air kita, Malaysia.

“Jadi, amat wajar dan bertetapan untuk kita selaku generasi pewaris pada hari ini mengambil iktibar dan belajar daripada pengalaman serta sumbangan mereka,” katanya sambil berterima kasih atas inisiatif penganjuran majlis itu oleh pihak UTHM. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori