SUSULAN skandal pembelian banglo ‘murah’, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew akan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut, esok.
Perkara ini disahkan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki.
Isu Banglo ‘Murah’: Berakhirkah Karier Politik Lim Guan Eng?
Menurut sumber SPRM di Pulau Pinang, tarikh temu janji itu dicadangkan oleh pasukan siasatan SPRM dan turut dipersetujui peguam yang mewakili Guan Eng.
Guan Eng dan Betty bakal memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town.
Skandal pembelian banglo RM2.8 juta Guan Eng menjadi hangat apabila beliau dikatakan menyalahgunakan kuasa sebagai ketua menteri sehingga mendapat keistimewaan membeli banglo di Jalan Pinhorn itu jauh lebih rendah berbanding harga pasaran yang sepatutnya. – MYNEWSHUB.CC