Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Neelofa Kekal Ikon Tahun...

KUALA LUMPUR – Selebriti dan ahli perniagaan, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa...

Johor Destinasi Pertama Konsert...

PETALING JAYA - Kumpulan Estranged bakal mengadakan konsert jelajah berjudul Konsert Estranged Sepenuhnya...

Salahkan Maklumat Rahsia Bocor,...

GEORGE TOWN - Seperti sudah jadi kelaziman pembangkang apabila gagal melaksanakan sesuatu yang...

Hari Wesak Disambut Sederhana...

KUALA LUMPUR - Hari Wesak hari ini disambut sederhana dalam norma baharu di...

Isu Tanah Perda: Dr Afif Beri Keterangan Di SPRM

BUTTERWORTH – Exco kerajaan DAP Pulau Pinang Dr Afif Bahardin hari ini memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penjualan tanah milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di Kampung Tok Keramat, Nibong Tebal dekat sini.

Dr Afif yang merupakan Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri tiba di pejabat SPRM Seberang Perai di Jalan Kampung Jawa, di sini pada 10.25 pagi ditemani peguamnya Ong Chin Wen yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah.

Dr Afif berkata beliau dihubungi pihak SPRM minggu lepas untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu tanah milik Perda yang didakwa dijual di bawah harga pasaran itu.

“Kami harap kes itu dapat disiasat dengan teliti…saya yakin SPRM cukup profesional dan percaya dengan integriti SPRM untuk menyiasat perkara ini,” katanya kepada pemberita sebelum memberi keterangan kira-kira 35 minit di pejabat SPRM.

Pada 7 April, Dr Afif mewakili kerajaan DAP Pulau Pinang membuat laporan kepada SPRM berhubung isu penjualan tanah milik Perda itu dan menamakan Datuk Shabudin Yahaya selaku Pengerusi Perda merangkap Anggota Parlimen Tasek Gelugor sebagai individu yang bertanggungjawab mengakibatkan penjualan tanah milik Perda itu di bawah harga penilaian pasaran.

Pada sidang akhbar 1 April lepas, Shabudin berkata Perda menjual tanah itu pada harga RM1.42 juta dengan meletakkan syarat kepada pemaju, membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik berharga antara RM42,000 dan RM72,000.


Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini berkata mengikut penilaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), nilai keseluruhan tanah seluas 3.4 hektar itu ialah RM16.6 juta.

Sementara itu sumber SPRM berkata beberapa pihak lagi termasuk pengurusan Perda akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori