Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Parti Serpihan Tak Lunturkan...

JERANTUT - Penubuhan parti baharu serpihan UMNO tidak akan melunturkan semangat anggota, sebaliknya...

Theresa May, Perdana Menteri...

THERESA May, 59, akan menjadi Perdana Menteri baharu Britain pada 13 Julai ini,...

‘SPRM Siasat Isu Elaun...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berkaitan isu elaun anggota lembaga pengarah...

RM157 Juta Pelan Atasi...

SHAH ALAM : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperuntukkan kira-kira RM157 juta bagi...

Jangan Sebar Gambar Wanita Tanpa Kepala – Polis

BAGAN SERAI – Pihak polis meminta orang ramai agar tidak menyebar gambar seorang wanita putus kepala yang didakwa sebagai mangsa bunuh di Kampung Parit Haji Wahab, Parit Puntar semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, tindakan menyebarkan gambar palsu tersebut menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook hanya menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Pada masa yang sama beliau mengesahkan berlaku satu kes pembunuhan awal pagi semalam yang melibatkan seorang lelaki Indonesia.

“Bagaimanapun gambar yang diviralkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu langsung tiada hubung kait dengan kes pembunuhan berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini.

Beliau berkata dalam kejadian pada 3 pagi tersebut, seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Gumbrek Wibowo, 32, dipercayai ditikam oleh rakan serumah ketika dia sedang tidur di rumah sewa mereka di Kampung Parit Haji Wahab.

“Siasatan polis percaya motif pembunuhan dipercayai akibat cemburu merebut perempuan di antara si mati dengan suspek.


“Hasil bedah siasat mendapati si mati mungkin dibunuh dalam tempoh enam hingga 12 jam sehingga bedah siasat dijalankan di Hospital Parit Buntar pada Jumaat,” kata Omar Bakhtiar.

Beliau berkata polis telah membuat empat tangkapan bagi membantu siasatan selain sedang mengesan suspek utama yang melarikan diri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori