Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

250 Kilogram Q’Fish Terjual...

ALOR GAJAH - Sebanyak 250 kilogram (kg) ikan segar beku Q'Fish daripada 500kg...

Najib Sindir PH Hari...

TINDAK-TANDUK kerajaan kini amat berbeza ketika mereka dalam pembangkang terutamanya apabila mereka sudah...

Pemandu Bas Ekspres Cabul...

KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu bas ekspres direman selama empat hari bagi membantu...

OIC Setuju Berdikari Bagi...

KUALA LUMPUR - Negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersetuju untuk menyumbang ke...

Jasad Jabing Kho Dijangka Tiba Di Miri 4 Petang Ini

SINGAPURA – Jasad Jabing Kho, rakyat Malaysia yang hukuman mati terhadapnya dilaksanakan di Singapura semalam, dijangka tiba di Lapangan Terbang Miri, Sarawak, kira-kira 4 petang ini.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura mengesahkan perkara ini kepada Bernama di sini hari ini.

Seorang anggota keluarga memberitahu Bernama baru-baru ini bahawa jasad Jabing dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 1, Jalan Kuala Baram, Miri.

Jabing, 31, yang menganuti agama Kristian sebelum ini, memeluk Islam ketika di dalam penjara dan memilih Muhammad sebagai nama baharunya.


Berasal dari Ulu Baram, Sarawak, dia dijatuhi hukuman mati enam tahun lepas setelah didapati bersalah membunuh seorang pekerja binaan warga China, Cao Ruyin dalam cubaan merompak di Geylang Drive di sini pada 2008.

Semalam, Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuannya di saat akhir untuk penangguhan pelaksanaan hukuman gantung dan dia menjalani hukuman itu pada 3.30 petang di Kompleks Penjara Changi di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori