KUALA LUMPUR – Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya untuk mereka yang ingin mencapai kehebatan.
Pengurus dan Ketua Jurulatihnya, Mario Gomez berkata, JDT bukan sebuah kelab untuk mereka yang tiada keinginan tinggi seperti itu.
“JDT adalah kelab dengan impian yang besar dan tempatnya hanya untuk orang-orang yang ingin mencapai kehebatan.
“Jika anda tidak mempunyai keinginan untuk itu, JDT bukanlah kelab untuk anda,” katanya dalam satu kenyataan di Laman Facebook Johor Southern Tigers semalam.
JDT memperoleh piala yang kedua musim ini selepas muncul Juara Liga FA 2016 dengan menewaskan pasukan PKNS 2-1 di Stadium Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Gomez dalam pada itu memberitahu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah bertitah pasukannya adalah sebuah kelab yang bermotivasi dan terdorong untuk mencipta sejarah.
Menurutnya, JDT adalah kelab yang mempunyai tujuan, direka untuk bertahan selama bertahun-tahun yang akan datang dan bukan hanya untuk kejayaan jangka pendek.
“Apabila saya bersalam dengan TMJ (Tunku Ismail) dan semua pemain selepas perlawanan akhir, apa yang TMJ katakan kepada saya adalah “teruskan mengira”.
“Saya gembira untuk melihat ke dalam matanya dan melihat bahawa dia masih ada keinginan untuk mencapai kejayaan,” katanya. – Mynewshub.cc