Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PRN: UMNO Selangor Akan...

GOMBAK : UMNO Selangor mengesahkan parti itu akan bertanding di lebih lima kerusi...

Haiwan Juga Boleh Terdedah...

ALOR SETAR - Cuaca panas melampau yang berlaku ekoran fenomena El Nino kebelakangan...

Dr. M Takkan Berjaya...

KUALA LUMPUR - Gabungan kontroversi antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan DAP, parti...

Suami Hanez Suraya Dedah...

SETELAH kisah cintanya dengan Hanez Suraya sering dianggap punca perceraian perkahwinan terdahulu dan dia sendiri...

Jeed Dinobat Ikon Siarawan, Bakal Kendali Program Sendiri

PROGRAM pencarian bakat dalam bidang penyiaran, Ikon Siarawan 2016 melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan anak kelahiran Segamat, Johor, Nur Jaziedah Zulkifle, 28, sebagai juara bagi edisi ketiga program berkenaan.

Dengan kemenangan itu, Nur Jaziedah atau Jeed berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000, sebuah trofi dan berpeluang mengendalikan program sendiri di RTM berjudul Interzone.

“Saya sama sekali tidak menyangka akan menyandang juara, tak sangka dan terkejut namun saya gembira dengan kemenangan ini,” ujarnya yang mendedikasikan kejayaannya itu kepada keluarganya.

Ketika ditanya mengenai wang kemenangannya itu, Jeed berkata, dia akan menyimpan wang itu untuk kegunaan di masa hadapan.

Sepanjang lebih tiga bulan bertarung dengan 13 peserta lain, Jeed menyifatkan ibunya, Jamiah Salleh, pembimbing ikon, Suhaimi Mohamad dan dua juri tetap rancangan itu, Datin Yusanani Yushak dan Sayed Munawar Sayed Mustar sebagai pendorong utamanya.

Gelaran naib juara pula disandang Andy Reza Rohadian Khairul Anwar, 23, yang membawa pulang wang tunai RM15,000 dan Doria Rachel Jolly, 28, di kedudukan ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Tempat keempat dan kelima diraih Syafik Shukri Abdul Jalil, 26, dan Siti Balqis Elias, 26, yang masing-masing menerima wang tunai RM5,000.


ikon
Dari kiri, Syafik Jalil, Siti Balqis, Nur Jaziedah, Andy Reza dan Doria Rachel.

Hadiah disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Pertandingan akhir itu diadili Datin Yusanani, Sayed Munawar, Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Datuk Prof Madya Abdul Razak Mohaideen, Timbalan Pengarah Berita Hal Ehwal Semasa RTM, Muis Shafie dan selebriti Awal Ashaari.

Antara artis yang turut hadir membuat persembahan pada malam final itu ialah Shila Amzah, Maya Karin, Zahid dan RJ.

Pertandingan akhir Ikon Siarawan diadakan di Auditorium Perdana, Wisma Radio, Angkasapuri. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori