Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

3 Bekas MB Bergabung...

KUALA LUMPUR - Tiga bekas menteri besar Selangor akan bergabung bagi memastikan Barisan...

Hormati Terma Perjanjian Air...

SINGAPURA berpegang kepada pendirian bahawa semua pihak termasuk Johor mesti menghormati terma Perjanjian...

Palestin: Negara Islam Perlu...

KUALA LUMPUR - Negara Islam perlu menggunakan kekuatan yang dimiliki selain menyedari kelemahan...

2 Beranak Maut Nahas...

TELUK INTAN - Dua beranak maut manakala dua yang lain parah dalam kemalangan...

Jenazah Asmuni Tiba Di Pangkalan Udara Subang

SUBANG – Jenazah Asmuni Abdullah yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada Khamis lepas tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang, di sini pagi ini.

Allahyarham yang juga suami kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang turut terkorban dalam nahas itu, adalah antara enam orang yang berada dalam pesawat malang itu.

Jenazah Allahyarham tiba pada pukul 7.41 pagi dengan pesawat Charlie C130H melalui penerbangan ihsan dari Pangkalan Udara Kuching, yang berlepas kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Sanak saudara dan sahabat handai yang berkumpul di perkarangan pangkalan udara berkenaan diselubungi perasaan sedih dan pilu.


Antara kenamaan yang hadir bagi memberi penghormatan ialah Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Jenazah Asmuni kemudian dibawa ke Parit Dua, Sungai Burong di Tanjung Karang untuk pengebumian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori